Sunday 23 August 2015

Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel - Part 1 - Siapa Thanabalan Dan Global Oil 57. Dimana Keris menceritakan tentang kejayaan anak watan Malaysia yang menempa nama di luar negara tetapi tidak didendangkan.

Namun, dalam pada beliau tidak didendangkan, beliau yang mempunyai posisi Executive Chairman bagi syarikat gergasi Oil & Gas (Global Oil 57), tetao dikecam dan dituduh bermacam-macam tuduhan.

Tidak tahulah Keris sekirannya orang yang menerima Anugerah 'Best Enterprises, Global Oil 57 Canada 2015. Excellence in Quality' Award Ceremony' pada 1 Julai 2015 yang lalu. Anugerah itu diterima di Majlis Europe Business Assembly bertempat di Montreux, Switzerland.


Sudah menjadi lumrah dunia dimana akan wujud cubaan menjatuhkan imej satu-satu individu. Dan Tuan Thanabalan tidak terkecuali menjadi mangsa bagi individu-individu yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.


Beliau telah berjaya menjalankan perniagaan di seluruh dunia dan agak mustahil bagi seorang anak Malaysia menembusi dunia korporat eropah. Satu kejayaan besar dan bermakna bagi Malaysia.

Selain daripada berbisnes, apa lagi yang Tuan Thanabalan laksanakan? Nantikan Part 3.


sumber  http://keris7lok.blogspot.com/2015/08/sehatisejiwa-part-2-global-oil-57.html

Sempena Hari Kemerdekaan yang akan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia, Keris terfikir untuk menulis beberapa artikel daripada hari ini sampai 31 Ogos 2015. Kali ini Keris ambil kesempatan untuk menceritakan sedikit pahit-getir anak-anak Malaysia yang berjaya di luar negara.

Kebiasaannya kita dengar cerita mereka yang meletakkan nama Malaysia di mata dunia, berbuat sesuatu yang membanggakan seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Malik Mydin.

Tetapi jarang kita dendangkan mereka yang berkecimpun dalam dunia perniagaan yang agak membanggakan. Jika di Malaysia kita ada Syed Mokhtar Al Bukhary, Vincent Tan dan Ananda Krishnan.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang menempa nama dengan dunia perniagaan bukan di Malaysia? Di sini Keris akan tulis tiga bahagian bagi setiap individu. Keris pilih seorang daripada India, Cina, Melayu dan Dua orang Pribumi Sabah serta Sarawak.


Keris mulakan kisah kebanggan ini dengan Tuan Thanabalan P Jaganathan. Nama yang memang terlalu asing kepada kita tetapi tidak kepada mereka yang biasa dengan dunia korporat.

Terutama sekali bagi mereka yang biasa dalam perniagaan perusahaan yang melibatkan Minyak dan Gas (Oil & Gas). Beliau merupakan seorang Pengarah (Director) bagi Syarikat Gergasi Oil & Gas bernama Global Oil 57 yang berpusat di London, England.

Merupakan anak jati Malaysia yang kini menetap di London atas urusan perniagaan. Beliau terkenal dengan sikap baik hati dan peramah. Amat membanggakan Malaysia kerana dia berjaya menjadi Pengarah serta terlibat dengan pelbagai projek perusahaan Oil & Gas.

Tetapi apa yang mengusik hati Keris, sudah menjadi lumrah dunia dimana akan wujud cubaan menjatuhkan imej satu-satu individu. Dan Tuan Thanabalan tidak terkecuali menjadi mangsa bagi individu-individu yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.


sumber  http://keris7lok.blogspot.com/2015/08/sehatisejiwa-part-2-global-oil-57.html